Siapa kaH akU?...Nak kata SeOrang Penulis...X juga...nak Kata suka Komen...X juga...Ni Just Hobby saja...Ye la...Buat sUka2 je...Pada Yang suka...Alhamdullilah...Yg X suka...Sorry la Yeeeee!!!!
Tuesday, November 29, 2011
Suram
Wednesday, November 23, 2011
Kerja...1st Day After Deliver
Wednesday, November 2, 2011
Lumrah Hidup
Saturday, October 22, 2011
Kelantan Vacation-Part II
Nk main air...
Atok N Nenek sibuk layan cucu...
Sibuk nk g kt enjin bot...
Wednesday, October 19, 2011
Kelantan Vacation-Part I
Thursday, October 13, 2011
Kehidupan...
Wednesday, August 17, 2011
17 Ramadhan....
Monday, August 15, 2011
Ramadhan dan Babies
Ramadhan dan Babies
Monday, June 27, 2011
Carta Menentukan Jantina
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh :Umur Emilia 27 tahun dan kandungannya bakal lahir pada awal bulan September.Ini bererti persenyawaan berlaku pada awal bulan Januari.Maka lihat carta :Umur 27 bulan Januari = Perempuan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------Apapun, ianya terpulang kepada individu tersebut samada percaya atau tidak mengenai carta kuno ini. Perlu diingatkan kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Samada lelaki atau perempuan bayi tersebut, asalkan bayi itu sihat dan cukup sifat ia sangat memadai. Kita haruslah bersyukur dengan pemberian rezeki tersebut kerana banyak lagi pasangan yang tidak boleh melahirkan anak.
P/S : Dipetik dari blogger lain...
Puasa Bakal Kembali...
P/S : Risau jg sebenarnya ni...
Tuesday, June 14, 2011
cuba jangan x cuba
Monday, June 13, 2011
Friday, June 10, 2011
make over!
Wednesday, May 18, 2011
Kepenatan
p/s : Ya Allah...berila aku kekuatan...
Tuesday, May 10, 2011
Petua Jantina Bayi
1) Melihat puting tetek abang atau kakaknya : Jika abang atau kakak janin yg dikandung mempunyai puting tetek yg terbelah, maka janin yg dikandung adalah perempuan. Jika puting itu panjang, jantina janin ialah lelaki.
2) Melihat arah tidur : Semasa hamil jika isteri sering tidur mengiring ke kanan, anak yg dikandung adalah lelaki dan jika lebih ke sebelah kiri anak perempuan.
3) Melihat arah berat perut : Jika perut isteri yang hamil berat ke kanan maka jantina anak itu adalah lelaki, jika berat ke kiri itu anak perempuan.
4) Melihat garisan pada perut : Ada yang mempetuakan agar melihat pada garisan menegak dari tundun ke dada ibu tersebut, jika garisan itu terang dan tidak putus2 maka anak yg dikandung adalah lelaki. Jika terputus maka anak perempuan.
5) Melihat bentuk perut : Satu petua, jika perut ibu kelihatan tajam maka anak yg di dalam kandungan adalah lelaki. Jika perut bulat bundar, itu kemungkinan anak perempuan.
6) Melihat perangai : Sekiranya semasa hamil ibu banyak bersolek dan bergaya, maka anak dalam kandungan adalah seorang perempuan, jika tidak maka anak itu adalah lelaki.
p/s : Confuse yang no 6 tuuuu...sebab masa baby 1st dulu x suka solek pun????
Monday, March 14, 2011
Hikayat Merong Mahawangsa
- Merong Mahawangsa (berasal dari Rom kemudiaan belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Lalu bersinggah ke wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru). Baginda berketurunan Kaisar Romawi Iskandar Agung dari Macedonia. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu.
- Raja Merong Mahapudisat, putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai "Kedah Zamin Turan". Baginda menjadi Raja Siam pertama.
- Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, putera kedua Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Ditabal Raja dan pengasas bagi Kerajaan Gangga Negara.
- Raja Puteri, merupakan anak ketiga Merong Mahawangsa. Juga merupakan seorang Puteri, beragama Hindu. Ditabal sebagai Raja Patani pertama.
- Raja Seri Mahawangsa, petera bongsu Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Menggantikan ayahdanya Merong Mahawangsa sebagai Raja Kedah. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan ufti bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya sulongnya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Mempunyai seorang putera yang degil yang bernama Raja Seri Maha Inderawangsa.
- Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Beragama Hindu. Merupakan Raja yang degil dan zalim. Memakai gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Lari kedalam hutan Gunung Jerai dan mangkat disana selepas di serang oleh angkatan tentera menterinya. Meninggalkan seorang putera yang bernama Raja Phra Ong Mahapudisat.
- Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahawangsa.
- Raja Phra Ong Mahawangsa merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam. Menukar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua didunia bermula tahun 1136). DiIslamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani
p/s : Fuh...banyaknya sejarah yang kita x tahu...
Tuesday, March 8, 2011
happy...
Wednesday, March 2, 2011
Innalillah...
Thursday, February 24, 2011
Salahkah...
Wednesday, February 23, 2011
Pantang larang semasa mengandung...
- Dalam mencari, berikut disertakan pantang larang orang Melayu, semasa mengandung:
Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. - Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya. - Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap. - Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
- Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
- Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
- Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
- Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
- Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
- Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
p/s : betul atau X Tuhan aja mengetahui...
Monday, February 21, 2011
Flu
Friday, February 18, 2011
Hari Mencabar....:(
Thursday, February 17, 2011
Ulang Tahun Kelahiran
p/s : Zaman kita dh berlalu...
Tuesday, February 1, 2011
kali ke-2
p/s : pengalaman baru...