Wednesday, July 1, 2015

KECEWA

Ini sahaja yang mampu aku ungkapkan...
Tiada siapa pun mengerti apa yg aku rasai..
Hanya tau nak menyalahkan aku sepanjang masa...
Mampukah kamu...kamu...kamu..yang menunding jari...
Merasai apa yang aku rasai???
Pasti...
Aku memang pasti..
Tiada seorang pun mahu diri disakiti..
Solution???
Pandai-pandaila aku pujuk diri aku sendiri...
Katanya..ramai lagi orang yang lebih teruk dari aku..
Memang...tapi dia pun pastinya tak mahu menanggung semua tu...
SABAR???
Setakat mana kesabaran itu boleh bertahan...
Memang dah terlalu banyak aku bersabar...
TAPI...
Tekanan dalam diri...
Kesakitan yang aku alami..
Ada orang yang boleh bersabar sepanjang hayat ke???
Sudahnya...
Aku sendiri pujuk diri...
Terima segalanya selagi mata masih terbuka...
Selagi diberi nafas dibumi Allah ini..

p/s : Dah penat!!!

Sunday, April 19, 2015

Entahlah...

Kalau nak diikutkan rasa hati yang kecewa ni...
Dah lama rasanya...
Tapi..Diam je memikirkan semua ni mungkin dugaan...
Tapi kadangkala terasa ingin meluahkan...
Tapi mungkin X de siapa yang suka mendengar...
Ramai yang lebih suka kalau aku diam agaknya...
Ok...aku cuba...
X semua orang suka dengan kita...
Bak kata pepatah...
Yang Dengki...Yang nak menjatuhkan orang lain lagi banyak...
Dalam dunia ni...
Ramai lebih suka melihat orang jatuh dari bangun...
Sifat dengki dalam diri tu memang banyak...
Di mana2 pun...
Orang macam ni mmg banyak wujud...
Just doakan je...
Kalau ko bahagia buat orang macam tu...
Sebab tu keluarga ko hancur...
Tuhan tu Maha adil...

p/s : Susah nak percaya dengan orang sekarang ni...

Sunday, February 8, 2015

Anak

Diam x diam...2015...anak pun dah 3...lama rasanya x update blog ni..Begitu banyak dugaan dan cubaan yg terpaksa aku tempuhi dari masa ke semasa... Itu semua tetap aku relakan walaupun kadangkala terlalu pahit nak ku telan..Hanya mampu berdoa agar keSABARan dalam diri terus dikuatkan..AMIN!!!

Inilah buah hati cinta hati ummi sekalian.. Dapat juga seorang PUTERA...Inderatuah Abdul Muhaimin nama diberi..Kakak2 bukan main seronok dapat adik...Terutama kakak sulung..MAWAR..Ummi minta maaf andainya x dapat jadi ummi yang terbaik buat kalian semua...Tapi ummi tetap berharap..ummi sentiasa ada dihati anak2 ummi..Ingat selalu..UMMI SAYANG ANAK2 UMMI...

P/s:Kamu semua adalah NYAWA ummi...

Tuesday, August 5, 2014

Berdebar-debar....


Debaran menunggu kelahiran ke-3 ini amat berbeza kurasakan.... Pelik plak...macam nak menunggu kelahiran anak pertama....haaahaaa... Mungkin hanta perasaan aku saha... Maklumlah...jarak nya agak jauh berbanding yang sebelum ni... Si kakak dah X sabar... Hari2 tanya bila baby nk keluar Ummi... Dah X tau nk jawab macam mana lagi... 
Kerja...??? jangan cakapla...dah x larat dah rasanya tapi gagahkn diri juga... Sebab kalau bole nak luangkan banyak masa semasa dengan anak nanti... Lama sikit BF baby dapat... Kuatkan diri je ni datang ke Office...
Dari hari ke hari asyikla bertanya2 dalam diri... Bila nak bersalin ni... Ye lah...Dengan harapan semuanya Selamat... Hari-hari aku berdoa agar perjalanan ku dalam labour room nanti berjalan lancar...

p/s : Ummi dah X sabar ni....

TANDA-TANDA BERSALIN DAN PETUA MUDAH BERSALIN



PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:


kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika tinggal jauh) Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

keluar darah dari vagina. : Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.




Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.


Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka. Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.

Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.

Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.

Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.

Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.

Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.

Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).

Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.