Thursday, February 24, 2011

Salahkah...

Entahla...
seperti sukar untuk ditafsirkan...
salahkah kalau kita cuba berterus terang?
salahkah kalau kita luahkan apa yang terpendam?
salahkah kalau kita inginkan sesuatu yang sukar?
salahkah kalau kita rasa apa yang kita lakukan ini benar?
salahkah kalau kita suarakan ketidakpuasan hati kita?
salahkah jika kita ingin lakukan apa yang kita rasakan benar?
salahkah jika kita melawan?
salahkah jika kita marah?
salahkah jika kita berdiam diri?
salahkah...salahkah...salahkah....
p/s : salahkah jika kita ingin menjadi diri sendiri???

Wednesday, February 23, 2011

Pantang larang semasa mengandung...

  • Dalam mencari, berikut disertakan pantang larang orang Melayu, semasa mengandung:
    Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
    Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
    Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
    Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

p/s : betul atau X Tuhan aja mengetahui...

Monday, February 21, 2011

Flu


Hari ni mmg X larat sgt...dh 3 hari ni badan ni X sedap je...apa X nya...selsema...kalau bole rasa macam nak rehat + tido aja kat umah ni...penat sangat2...tadi dpt msg dari babysitter anak pun dh x sihat sama...nak X nak kena balik bawa dia G klinik ni...adush...1 hal lagi...nak kena jaga dia...dah la kita ni X sihat...kadang2 rasa nak marah pun ada...ye la...kalau la aku X sakit anak pun X sakit...tapi nak salahkan takdir pun x bole juga...napalah susah orang nk faham penderitaan yang aku tanggung ni...Orang hanya tau,keje yang dia nak mesti diselesaikan secepat mungkin...apa dia ingat aku ni robot ker???robot pun ada masa untuk berhenti rehat la...sakit hati aku kalau apa yang kita cakap orang X nak dengar...rasa diri dia aja betul...last2 aku juga yang nak kena tanggung semua ni sorang2...tu lah orang cakap...cegah penyakit tu...kalau dah sakit sapa yang susah???
p/s : Kalau la semua benda ni senang diperkatakan...

Friday, February 18, 2011

Hari Mencabar....:(


Ha...nak story ni...hari ni kira detik yang mencabar...apa X nya...hari Xcersize...haaahaaa...dh la pagi2 kena jalan jauh dari parking nak ke opis...lepas makan,dia suruh guna lif belah utara plak(aku keja kat bangunan Selatan)...jauh menapak...dah tu...dari atas aku kena turun guna laluan laaagiii jaaauuuhhh....Sabar lagi ni...Sampai je kat meja...fuuuuhhh...banyaknya keje yang menimbum2 ni...Sabar lagiiii....

Tengah ada semangat ni...kriiiingggg...kriiiingggg...kringggg...(apa plak ni....)

laaaaa....

Latihan kebakaran plak....Menapak lagi guna tangga turun ke bawah....Sabaaaarrr lagiiii...Sampai je tempat berkumpul...berpanas plak ramai2....menunggu 'mangsa2' yang lain...apa lagi....kedengaranlah suara2 yang 'panazzzz2'...tahan je laaaa....

Dah habis...sambung balik kerja yang terbengkalai tadi...bila la nak siap ni...disebabkan masa yang pendek(jumaat katakan...!)aku ni nk realise tension la konon...makan kat luar dari opis ni...adushhh...cari bala rupanya aku ni...tersekat dalam jemmmmm!!!!...adusssshhhh....membara rasanya....

Harapan aku...kalau balik rumah ni X de la masalah lain yer...ni nak berkemas2 ni...janganla masalah lagi...cukupla hari yang aku lalui hari ni...


p/s : rasa macam nak g SPA je...relax sikit!!!

Thursday, February 17, 2011

Ulang Tahun Kelahiran


Semalam...genap n bertambah lagi umur ku...urrrmmm...makin besar tanggungjawab yang perlu aku alami n hadapi...tapi semua ini mengajar ku agar lebih bersemangat....X kisah la pengalaman tu amat pahit atau manis...semua ku telan hidup2(ada ke istilah tu???)...bak kata org tua2...makan garam...sedap ker????....sedap x sedap mak telan je la...

Kalau nak di 'story'kn...mmg X semua yg aku hajati dapat aku miliki...tapi...aku tetap akan berusaha untuk miliki apa yang aku hajati...apa X nya...usaha akan aku tetap gandakan...mana la kejayaan tu bole datang bergolekkan kan...plingggg!!! tiba2 muncul...kalau macam tu,semua org tunggu je la...senang cerita...

Tahun ni nak X nak Bzday ku berlalu begitu saja juga...tapi...buat yg mengingati...TenQ sgt2 yeak...mungkin X perlu la kita nk sambut2 lagi...al maklumla...tapi yang penting...tetap ada orang yg ingat pada kita...Penghargaan yang tidak ternilai...


p/s : Zaman kita dh berlalu...

Tuesday, February 1, 2011

kali ke-2

Lama rasanya aku X kunjungi blog ni...Yer la...X de masa la...Bz dengan banyak perkara...++ sekarang ni aku dh 'berbadan 2' buat kali ke-2...haaahaaa...Alhamdullillah...rezeki Tuhan beri...Tp pengalaman kali ni agak berbeza dari yg pertama...kali ni aku selalu sangat penat...makan pun x berapa sangat...asyik loya jeee...huuuhuuu...penat jg la hubby nk melayan kerenah ku...tapi aku belajar jg menahan emosi yg x berapa stabil ni...haaahaaa...pada kawan2,ada tips X?

p/s : pengalaman baru...