Tuesday, August 5, 2014

Berdebar-debar....


Debaran menunggu kelahiran ke-3 ini amat berbeza kurasakan.... Pelik plak...macam nak menunggu kelahiran anak pertama....haaahaaa... Mungkin hanta perasaan aku saha... Maklumlah...jarak nya agak jauh berbanding yang sebelum ni... Si kakak dah X sabar... Hari2 tanya bila baby nk keluar Ummi... Dah X tau nk jawab macam mana lagi... 
Kerja...??? jangan cakapla...dah x larat dah rasanya tapi gagahkn diri juga... Sebab kalau bole nak luangkan banyak masa semasa dengan anak nanti... Lama sikit BF baby dapat... Kuatkan diri je ni datang ke Office...
Dari hari ke hari asyikla bertanya2 dalam diri... Bila nak bersalin ni... Ye lah...Dengan harapan semuanya Selamat... Hari-hari aku berdoa agar perjalanan ku dalam labour room nanti berjalan lancar...

p/s : Ummi dah X sabar ni....

TANDA-TANDA BERSALIN DAN PETUA MUDAH BERSALIN



PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:


kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika tinggal jauh) Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

keluar darah dari vagina. : Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.




Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.


Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka. Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.

Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.

Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.

Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.

Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.

Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.

Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).

Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.

Thursday, May 8, 2014

~ISTERI~

"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya
durhaka pada suami.
Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?"
Jawapan Ustaz :
"BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah
suami durhaka pada isteri, tapi suami akan
ditanda Malaikat sbgai durhaka pd Allah
SWT.
Karena isteri, rezekimu bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga.
Kerana isteri, tenang hati mu.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.
Kerana isteri adalah satunya manusia yang
boleh melihat cacat cela mu yang
tersembunyi dari pandangan mata mu dan
masih menerima mu seadanya.
Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah stiap
pngorbanan mereka, walaupun kecil dimata
mu, baginya besar bagi dirinya.
Setiap peluh yang menitik, yang dikerja
untuk keluarganya, stiap airmata yang
menitis untuk anak-anak dan suaminya
adalah salah satu tanda, dia isteri yang
terbaik buat anda wahai yang bergelar
suami.
renungan sepintas lalu...
Mengapa WANITA sering menangis?
Jawab Allah :
Kerana WANITA itu unik.
Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain
menyerah,
KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh
teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi.
WANITA makhluk kuat.
Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk
membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.
WANITA sangatlah istimewa...
.... Kirimkan pd WANITA yg kamu sayangi...
.... Kirimkan juga pd lelaki agar mereka menghargai WANITA dan
agar tau bahwa WANITA.....ciptaan Allah yg istimewa..

Wednesday, May 7, 2014

sandiwara dunia

Kadangkala hati manusia sering terusik...fahamkah mereka erti KESEDIHAN....KEPAHITAN...KEKECEWAAN...??
Tidak semua insan sedar kadangkala hati manusia mudah terusik dengan peraan ini... Pandailah kita menangani semua ini dengan bijak...Apa guna terus-terusan melayan kesedihan sedangkan hidup ini harus diteruskan..Belajar menerima kepahitan sebagai asam garam sehuah kehidupan kerana apa yg ditakdirkan mempunyai hikmah yg tereembunyi tanpa kita sedari... Tuhan menduga manusia kerana IA tahu mereka mampu menghadapi dan menangani semua itu...Maka,usahla kau berhenti berharap kerana menerima sesuatu kekalahan tanpa berusaha adalah sifat mereka yg GAGAL...

Monday, January 6, 2014

Bebola Keju(Ala2 KFC tuuuu...)


Copy resepi dari kawan...
BAHAN2..

350 gm ubi kentang yg dilecek(yg dh direbus dgn sedikit garam,toskan sampai kering airnye baru dilecek)
250 gm tepung gandum (diayak)
5 bj telur
Serbuk lada (lada berperisa Aji-Shio kalo nk ++ pedas leee)
250 gm keju cheddar(kraft)..dipotong dadu
serbuk roti secukupnye

CARA...
1..potong dadu keju (ketepikan),tepung n kentang digaul sebati,taburkan dgn serbuk lada..gaul sehingga sebati(x yah gune air pun x pe sebab kentang dh lembut)kemudian ambil adunan sebesar guli leperkan masukkan keju dan bulatkan.gaul dlm serbuk roti.
2..pecahkan telur dlm mangkuk..pukul sedikit,kemudian masukkan 2 or 3 sudu dlm pingan,golekkan adunan yg disalut dgn serbuk roti tadi.
3..golekkan semula dlm serbuk roti hingga betul2 tertutup adunan tadi..ulang sehingga habis adunan..dah siap blh goreng.
4..Sedia utk dinikmati...SELAMAT MENCUBE

Resepi Cheese Comfim Meleleh...






Bahan-Bahannya...

Basic Cake span(nak guna biskut marie/masin  pun bole)
250gm cheese Tantura
200gm susu pekat
200gm/ml whip cream
Sedikit cheddar cheese

Cara-caranya...
Mix cheese dgn susu sehingga dah tidak berketul/naik
Masukkan Whip cream mix sampai kembang
Sun kek span/biskut dalam bekas kemudian letakkan cream cheese lalu ratakan.Ulang semula step ni.
Parutkan cheddar chesse dan taburkan
Sejukkan dulu dlm peti ais...lepas tu comfirm leleh la kalo makan

p/s: comfirm buat sekali nk lagi...

Resepi Tiramitsu







Bahan-bahan;
1 paket Biskut Ladyfingers
1 cawan Air Nescafe (tanpa gula)
250gm/ml Whipping Cream
250g Cream Cheese
100g Gula Icing
1 sudu kecil Esen Vanilla(ikut la kalo x nk pun bole)
¼ cawan Serbuk  Chocolate/Milo
Cara Membuatnya;
  1. Sediakan Krim Keju. Caranya – Campurkan cream cheese, gula icing, esen vanilla dan whipping cream dalam 1 bekas. Pukul dengan mixer hingga ia sebati dan berkrim.
  2. Celup biskut ladyfingers ke dalam air nescafe, kemudian susunkan ia ke dalam
  3.  bekas Habis susun biskut ladyfingers, sapukan adunan Krim Keju yang kita buat mula-mula tadi.
  4. Dengan menggunakan tapis, taburkan serbuk Chocolate/milo diatas krim keju tadi.
  5. Susun lagi biskut ladyfingers dengan kaedah Langkah 2 tadi.
  6. Ratakan krim keju. Taburkan serbuk Chocolate /Milo
  7. Dah siap… Tapi masih belum boleh dimakan tau… Kena masukkan dalam freezer lebih kurang ½ jam dahulu.
p/s : Selamat mencuba...senang je ni...