Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan....



Hari ni dh masuk 17 Ramadhan...wah...Nuzul Al-Quran...sesuai kalau memperbanyakkan amalan...

Tapi....

nak buat tu la semua org penuh dengan alasan...

Dah biasa dengar dh...Busy la...Penatla...X sempatla...ada je alasan yg "agak munasabah" yang kelua dari mulut "mereka2 yang rajin" ini...nak buat amalan ni memangla payah...apatah lagi masing2 sekarang ni BUSY dengan Xtiviti nak raya...

Mana nak cari baju...

mana nak cari kasut...

Kuih raya yang X de lagi...

macam2 la yang X dilengkapkan...

Macam aku plak...bz dengan masalah lain...ye la...org sibuk fikir nak raya aku plak sibuk fikir pasal nak bersalin ni...mana idaknya...makin hari makin dekat masanya...X terlarat rasanya sekarang ni...bukannya apa...penat nak berjalan kaki...jauh benar dari Parking nak ke pejabat...Orang cakap,kalau nak bersalin tu dah lama dah bersalin dalam perjalanan...haaahaaa...tapi aku ni je masih kuat n gagah berjalan...

(sebenarnya...gagahkan je walaupun separuh nyawa dah ni..!)

Entahlah...doa aja pada Tuhan agar segalanya dipermudahkan...

bukan apa...macam2 sangat bermain dalam otak ni...ade aja yang mengganggu...ader je yang nak difikirkan...tapi...kadang kala..IGNORE je...takut jadi gila plak...huuuhuuuu...


p/s : masalah X pernah berakhir!!!!

Monday, August 15, 2011

Ramadhan dan Babies



Entah kenapa...hati aku begitu sayu...kandungan ku mula menunggu masa untuk dilahirkan...Ramadhan pun sudah melewati 15 hariii...makin hari makin
berdebar...Banyak yang bermain di fikiran...Banyak yg aku fikirkan...Dengan keadaan diri yg agak kurang mengizinkan ini membuatkan aku X mampu menunaikan tanggungjawabku dengan sempurna...namun ada kalanya ku gagahi jua demi memperjuangkan segalanya...Cabaran N Dugaan yg amat besar...FuuuHHHH...kadangkala X tertanggung rasanya...Sedikit demi sedikit hari2 ini ditempuhi dengan apa jua aktiviti...Ketawa...Sedih...Menangis...Gembira...Geram...Tension...ada saja yg bermain di dalam jiwa ku ini...kadangkala perasaan GIVE-UP tu menebal aja...


Sebuah wajah N seindah Nyawa...itulah yg mampu aku ungkapkan...X sabar menanti kelahirannya...Walaupun ku akui kadangkala hati ini terlalu terguris dengan pelbagai masalah tapi aku cuba kuatkan dalam diri...Mungkin itu semua dugaan yg diberikan padaku dalam menempuhi liku2 dalam kehidupan...Hadirlah sayang untuk menceriakan hidup Ummi, Walid N kakak mu...


p/s : Keceriaan dalam keinsafan!!!


Ramadhan dan Babies

Entah kenapa...hati aku begitu sayu...kandungan ku mula menunggu masa untuk dilahirkan...Ramadhan pun sudah melewati 15 hariii...

Monday, June 27, 2011

Carta Menentukan Jantina

Carta kuno yang berasal dari Peking, China ini menarik perhatian seluruh dunia apabila dijumpai baru-baru ini tertanam di kawasan makam raja China berhampiran Peking. Ia kemudiannya dipamirkan Institute Sains Beijing. Carta ini dipercayai berusia lebih 700 tahun. Panduan dari carta ini menjadi ikutan beribu-ribu pasangan suami isteri seluruh dunia dan ianya semakin popular apabila ramalan carta ini kebetulan 99% tepat.Anda boleh memilih jantina bayi melalui carta ini samada inginkan anak lelaki atau anak perempuan. Melalui carta ini, para ibu dapat mengetahui jantina anak yang bakal lahir melalui umur ibu semasa persenyawaan berlaku.





-------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh :Umur Emilia 27 tahun dan kandungannya bakal lahir pada awal bulan September.Ini bererti persenyawaan berlaku pada awal bulan Januari.Maka lihat carta :Umur 27 bulan Januari = Perempuan.



-------------------------------------------------------------------------------------------------Apapun, ianya terpulang kepada individu tersebut samada percaya atau tidak mengenai carta kuno ini. Perlu diingatkan kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Samada lelaki atau perempuan bayi tersebut, asalkan bayi itu sihat dan cukup sifat ia sangat memadai. Kita haruslah bersyukur dengan pemberian rezeki tersebut kerana banyak lagi pasangan yang tidak boleh melahirkan anak.


P/S : Dipetik dari blogger lain...

Puasa Bakal Kembali...

Hari ni dh masuk 25 Rejab...wah...nampak gayanya bulan seterusnya Sya'ban the Ramadhan...Selepas tu Syawal looo...nak raya dh rupanya...sibuk PK raya plak...tp x per...puasa ganti tinggal lg 1 hari je lagi...Zakat Fidyah dh ditunaikan semalam...Alhamdullillah...nk menghabiskan ganti je ni...harapan tahun ni dapatla kiranya puasa penuh yeak...kalo x...berganti lg la yer...X per...ikutla keadaan...kalo nk kata sihat sentiasa idak la jg yer...semuanya kuasa Tuhan...kita ni rancang aja...Tuhan yang tentukan segalanya...Doa2 je byk2...persiapan Raya tahun ni mungkin Ala kadar je...maklumla...time tu tunggu masa nk bersalin je...takut beria2 bersiap X beraya plak...dok raya dlm hospital je gamaknya...harapan ku...dapatla sambut raya juga yer...Doaku agar semuanya berlaku dengan keadaan yg tenang...Amin...

P/S : Risau jg sebenarnya ni...