Saturday, December 26, 2009

Mawar Nur JannatulMa'wa

Justify Full
Hadirmu memberi seribu makna buat Ummi N Ayah...dah lama ummi nantikan kehadiran mu sayang...aku masih teringat2 lagi saat aku ingin melahirkan Mawar...pagi2 lagi tanda2 telah aku lihat...namun bila aku ke hospital, doctor menyarankan ku agar pulang kerana katanya belum ada bukaan jalan lagi...lagi pun, katil untuk masuk wad dah penuh disebabkan ramai org yang akan bersalin pada masa tersebut...Saat tersebut aku mula bimbang...ku lihat seorg wanita masih berhempas pulas menahan kesakitan...namun x lama selepas aku dibenarkan pulang...aku mula rasakan kesakitan...sedikit demi sedikit...awalnya cuma dalam tempoh 30 minit...semakin lama semakin cepat...aku jadi kelam kabut...namun suamiku hanya menyuruhku bersabar...katanya,berdoa banyak2...aku n suami masih lagi bole melakukan kerja2 rumah...namun semakin lama sakitku makin kerap...lalu,kami pun bersiap ke hospital semula...sampai disana doctor mengesahkan laluan telah buka 4cm...aku terus dimasukkan ke dewan bersalin...Alhamdullilah suamiku dibenarkan menemaniku sepanjang tempoh aku bersalin...Dia yang banyak memberi dorongan kepada ku dalam menghadapi saat2 itu...kesakitan ku X lama...Doctor juga tidak menjangka bahawa aku akan bersalin lebih awal dari masa jangkaannya...Tepat jam 11.28 pm..Mawar Nur JannatulMa'wa Binti Abdul Rasyiddi dilahirkan..2.98kg, 48cm...

1 comment:

♥ Izzah Marzuki said...

aza,
tahniah!!
comel baby, secomel namanya!
moga mawar akan jadi anak solehah, insyaAllah!