Tuesday, August 18, 2009

aku & H1N1

Tak sangka,dalam semua orang memperkatakan topik ni aku merupakan salah sorang daripada mereka yang diperkatakan...apa X nya,golongan berisiko tinggi...Dah banyak pencegahan aku lakukan tapi nak buat macam mana, kalau Tuhan nak tentukan kita terima jer...hampir 2 minggu juga aku jadi 'peserta kuarantin'...Ya Allah, Tuhan aja yang tahu betapa bowinknya...tapi berkat kesungguhan dan doa dari semua,Alhamdullilah aku dah semakin sembuh...semuanya bermula tanpa ku sangka...demam yang makin hari makin x baik...aku sedih dan agak kecewa sedikit dengan kakitangan hospital kerajaan(walaupun aku sendiri bekerja dalam sektor kerajaan)ini kerana,dah dekat 3 hari aku demam, dr klinik swasta sarankan aku dapatkan rawatan di hospital kerajaan sebab katanya disitu mempunyai kelengkapan yang sempurna. Tapi sayang,bila aku pergi dr cuma cakap demam biasa walhal dia X check betul2 pun.Suami aku X puas hati,keesokkan harinya aku di bawa ke Hospital Pakar Puteri...Dah nama pun hospital pakar,kandungan ku diperiksa,demam ku pun diperiksa dengan penuh teliti ternyata dr suspek aku kategori mereka yang berisiko tinggi.Terus kena kuarantin...tapi,bekalan ubat yang ingin ku perolehi telah habis...Dr nasihatkan agar aku datang semula untuk pemeriksaan dan amik ubat yang X cukup...Alhamdullilah aku dah semakin pulih sekarang ni...Dah X sabar nak g kejer ni...rindu sangat dengan Opis...

p/s : merasa jugalah jadi surirumah tangga!!

No comments: