Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


Citer ni nak cakap...mmg best giler...bukan apa...X tahu apa coment dari yang lain...(Maybe sebab aku suka Epik Sejarah...)sedikit sebanyak buat aku terdetik juga untuk mengetahui sejarah tentang negeri kelahiranku...tapi X tahu lah version mana yang betul...tapi apa yang pasti...aku respek la pada Yusri KRU...bukan apa...citer dia ni dah la 1 hal nak kena buat research yang mendalam...dia punya teknik gambar tu...canggih tu...benar2 buat kita rasa macam kita adalah time tu...set pengambaran tu mmg aku puji bebenorrrlaaaa...Mmg berbaloi la berhabis duit tgk citer ni...pada yang belum tgk tu,rasa2 macam X de apa nk buat...Gi la layan citer ni...di jamin BESSSSSHHHHH!!!!


Berikut adalah susur galur Merong Mahawangsa yang dipetik dari wikipedia...


Senarai raja mengikut Hikayat Merong Mahawangsa :


Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat 8 orang Raja yang berkuasa di Langkasuka yang juga pengasas kepada kerajaan Kedah Tua bermula disekitar Lembah Bujang. Diantara mereka juga merupakan pengasas kepada Kerajaan Siam, Gangga Negara dan negeri Patani, Selatan Siam (Thailand). Berikut adalah penama-penamanya:

  • Merong Mahawangsa (berasal dari Rom kemudiaan belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Lalu bersinggah ke wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru). Baginda berketurunan Kaisar Romawi Iskandar Agung dari Macedonia. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu.

  • Raja Merong Mahapudisat, putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai "Kedah Zamin Turan". Baginda menjadi Raja Siam pertama.

  • Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, putera kedua Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Ditabal Raja dan pengasas bagi Kerajaan Gangga Negara.

  • Raja Puteri, merupakan anak ketiga Merong Mahawangsa. Juga merupakan seorang Puteri, beragama Hindu. Ditabal sebagai Raja Patani pertama.

  • Raja Seri Mahawangsa, petera bongsu Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Menggantikan ayahdanya Merong Mahawangsa sebagai Raja Kedah. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan ufti bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya sulongnya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Mempunyai seorang putera yang degil yang bernama Raja Seri Maha Inderawangsa.

  • Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Beragama Hindu. Merupakan Raja yang degil dan zalim. Memakai gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Lari kedalam hutan Gunung Jerai dan mangkat disana selepas di serang oleh angkatan tentera menterinya. Meninggalkan seorang putera yang bernama Raja Phra Ong Mahapudisat.

  • Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahawangsa.

  • Raja Phra Ong Mahawangsa merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam. Menukar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua didunia bermula tahun 1136). DiIslamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani

p/s : Fuh...banyaknya sejarah yang kita x tahu...

Tuesday, March 8, 2011

happy...


Alhamdullillah...lama dh tunggu ni..baru sekrg dapat...tu la...berkat kesabaran...tapi kesabarannnya begitulah mencabarrrrrrr sggggttttt...tp X pe...yang penting segalanya dh selesai...bukan nk salahkan sesiapa...tp mmg betullah kan...kalau dh dr awalnya lambat...tp disebabkan "org yg leeeemmmm" ni la...selalu kakitangan yang X bersalah disamakan...padahal X semua org mcm tu...betullah kata pepatah...nila tu setitik...tapi yg rosak habis susu sebelanga...nak bt mcm mana...yg lain pun terpalit juga...Tp tolongla...bukan nak menyokong sangat...jgn la disebabkan org2 yang X berINTEGRITI ni semua kakitangan GOV nak disamakan...hello...I pun pernah kerja SWASTA tau...sama je SWASTA ke Gov...bezanya...kalau perangainya Ok...keje kat mana2 pun ok...Tapi...napalah semua org nak salahkan kakitangan Gov ni...Kalau X de diaorg ni...sapa yang nak majukan negara...Kalau semua diSwastakan...ramai plak yg X setuju...sooo...fikir2kan la...maaf la bagi sesiapa yang terasa...bukan nak menyokong atau nak salahkan sesiapa...baik buruknya seseorang/jabatan itu terletak pada individu yang menjayakannya...cheeewahhh...macam ahli falsafah plak...
p/s : Kecik2 ada cita2 nak jadi kaunselorrrrrr...

Wednesday, March 2, 2011

Innalillah...


Kadang kala aku bersyukur...
Aku masih dikurniakan kebahagiaan...

Rupanya X semua kehidupan ini akan berpanjangan...

Kematian pasti akan menjelma...
Tidak kira Bayi atau dewasa...

Kita sendiri X pasti bilakah ajal kita...

Aku sedih...adakah patut...

Tapi yang pasti kita perlu Redha...

Perlu melepaskan semua itu...

Buat arwah Athirah...

Semoga Rohmu dicucuri rahmat

Mungkin kita hanya mampu merancang..

Tuhan yang menentukan...

Kehadiranmu walaupun sekejab...

Namun cukup untuk membahagiakan kedua ibubapa mu...

Al-Fatihah buatmu sayang...


p/s : Kau hadir memberi Rahmat yang tidak ternilai...

Thursday, February 24, 2011

Salahkah...

Entahla...
seperti sukar untuk ditafsirkan...
salahkah kalau kita cuba berterus terang?
salahkah kalau kita luahkan apa yang terpendam?
salahkah kalau kita inginkan sesuatu yang sukar?
salahkah kalau kita rasa apa yang kita lakukan ini benar?
salahkah kalau kita suarakan ketidakpuasan hati kita?
salahkah jika kita ingin lakukan apa yang kita rasakan benar?
salahkah jika kita melawan?
salahkah jika kita marah?
salahkah jika kita berdiam diri?
salahkah...salahkah...salahkah....
p/s : salahkah jika kita ingin menjadi diri sendiri???

Wednesday, February 23, 2011

Pantang larang semasa mengandung...

  • Dalam mencari, berikut disertakan pantang larang orang Melayu, semasa mengandung:
    Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
    Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
    Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
    Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

p/s : betul atau X Tuhan aja mengetahui...